English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

March 15, 2008 01:14 AM

Ibu Mertua Mukhriz Meninggal Dunia

SEREMBAN, 15 Mac (Bernama) -- Jeriah Ahmad, ibu mertua kepada Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, meninggal dunia selepas dipercayai mengalami sesak nafas di rumahnya dekat Taman Sri Siantan di sini pada pukul 4.10 petang tadi.

Mukhriz berkata ibu mertuanya berusia 71 tahun itu mengalami sesak nafas dan terus rebah sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan pembantu rumah mereka.

"Selepas menang pilihan raya umum Sabtu lalu, saya tidak sempat bertemu dengan ibu mertua, dia cuma menyampaikan salam dan mengucapkan tahniah di atas kemenangan itu melalui isteri saya menerusi panggilan telefon," katanya kepada pemberita di sini.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Zakaria Jundai dan lapan orang anak. Isteri Mukhriz iaitu Datin Norzietah Zakaria merupakan anak ketujuh dalam keluarga.

Jenazah Allahyarhamah Jeriah akan dikebumikan selepas Zohor esok di kampung halamannya di Kampung Berting, Kuala Pilah.

Antara yang terawal turut menziarahi jenazah ialah ibu Mukhriz, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang juga isteri bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

-- BERNAMA

 

©2014 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel