English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Pelan Laman | Meja Bantuan | E-mel Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Arkib Berita
Rencana
Galeri Foto
Pautan
Lain-lain Pautan
Jabatan Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang
Majlis Bandaraya Ipoh

Berita Utara

October 20, 2009 18:49 PM

ADUN Batu Uban Terima SMS Dakwa Liwat Bekas Isteri

PULAU PINANG, 20 Okt (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawsasan Batu Uban, S.Raveentharan, membuat laporan polis di sini malam tadi selepas menerima SMS yang menuduh beliau meliwat dan memukul bekas isterinya.

Raveentharan, yang juga peguam, berkata SMS berkenaan daripada nombor telefon bimbit tidak dikenali, diterima pagi semalam ketika beliau sedang menghadiri satu perbicaraan di mahkamah di sini.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak masuk akal kerana perceraiannya berlaku pada tahun 2001.

"SMS cuba menjatuhkan maruah saya sebagai seorang peguam dan ADUN di negeri ini," katanya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata siasatan sedang dijalankan.

-- BERNAMA

 

Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior express permission of BERNAMA. Disclaimer.