English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Pelan Laman | Meja Bantuan | E-mel Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Arkib Berita
Rencana
Galeri Foto
Pautan
Lain-lain Pautan
Pelancongan Malaysia
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Berita Tengah (kecuali Wilayah Persekutuan)

October 27, 2009 20:49 PM

PKFZ, Marseille-FOS Port Meterai Pakatan Strategik

PETALING JAYA, 27 Okt (Bernama) -- Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Marseille-Fos Port (MFPA) untuk meningkatkan hubungan strategik sesama mereka.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata MoU itu bermatlamat mewujudkan rangka kerja usaha sama antara PKFZ dan MFPA, salah sebuah pelabuhan terbesar di Eropah, bagi meningkatkan industri halal di Malaysia dan Perancis.

"Perjanjian itu bermatlamat meneroka dan melaksana pendekatan permasaran bersama untuk pengedaran semua produk halal di Eropah, Afrika dan Mediterannean, dan PKFZ akan dilibatkan sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran bergerak Marseille Fos Port Authority di sini Selasa.

Sebelum itu beliau menyaksikan pemeteraian MoU antara PKFZ dan MFPA.

-- BERNAMA

 

Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior express permission of BERNAMA. Disclaimer.