English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Pelan Laman | Meja Bantuan | E-mel Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Arkib Berita
Rencana
Galeri Foto
Pautan
Lain-lain Pautan
Yayasan Sabah
Perpustakaan Negeri Sabah
Laman Web Rasmi Negeri Sarawak
Unit Perancangan Negeri Sarawak

Berita Sabah & Sarawak

November 02, 2009 13:54 PM

Bekerjasama Lebih Baik Daripada Terus Mengkritik Bagi Lindungi Orang Utan - Taib

KUCHING, 2 Nov (Bernama) -- Sarawak yang mempunyai populasi 2,500 Orang Utan dari spesis "Pongo Pygmaeus", telah menjemput pakar antarabangsa dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan pemuliharaan haiwan itu untuk menjalankan penyelidikan bersama bagi memastikan masa depan yang mampan bagi spesis itu.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata melalui lebih banyak penyelidikan, penyelesaian yang lebih komprehensif dan praktikal dapat disediakan demi masa depan yang lebih baik bagi Orang Utan.

"Buat lebih banyak penyelidikan pada masa depan daripada mencari kesalahan atau menuding jari mencari kesalahan orang lain," katanya pada perasmian simposium serantau selama tiga hari mengenai pemuliharaan Orang Utan di sini Isnin.

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri Perancangan dan Sumber Asli Negeri Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

"Pendirian kami ialah bagi menyatukan kepelbagaian kebolehan menjadi objektif dan usaha bersama yang membawa kepada hala tuju baru kerjasama demi kepentingan Orang Utan dan kekayaan kepelbagaian bio kita," katanya.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Perbadanan Perhutanan Sarawak Sdn Bhd Datuk Len Talif Salleh menyalahkan laporan media yang negatif mengenai Orang Utan di Sarawak.

Ini berlaku disebabkan usaha "badan bukan kerajaan yang tidak terbabit langsung dengan usaha pemuliharaan dan dengan maklumat kurang lengkap" yang menyebarkan fakta yang tidak berasas yang memperlihatkan Sarawak sebagai sebuah negeri yang memusnahkan populasi Orang Utan, katanya.

-- BERNAMA

 

Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior express permission of BERNAMA. Disclaimer.