English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Pelan Laman | Meja Bantuan | E-mel Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Arkib Berita
Rencana
Galeri Foto
Pautan
Lain-lain Pautan
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
Laman Web Rasmi Negeri Pahang

Berita Timur

November 05, 2009 14:07 PM

Paras Air Dua Sungai Di Terengganu Naik

KUALA TERENGGANU, 5 Nov (Bernama) -- Paras air di dua batang sungai di Terengganu menunjukkan peningkatan pagi ini berikutan hujan lebat dan angin kencang sejak Rabu malam.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri berkata Sungai Dungun kini meningkat melebihi paras waspada dan Sungai Setiu semakin menghampiri paras waspada.

"Bagaimanapun, sungai-sungai yang lain masih berada di tahap biasa," katanya ketika dihubungi di sini Khamis.

Mengikut bacaan paras air di Pasir Raja pada pukul 9 pagi tadi, kedudukan air 35.7 meter iaitu melebih paras waspada kira-kira 0.5 meter (waspada 35.2 meter).

Katanya bacaan paras air Sungai Setiu iaitu di Kampung La ialah 17.17 meter, menghampiri paras waspada 17.2 meter.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang tinggal berhampiran sungai di seluruh negeri supaya sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga dengan ancaman banjir memandangkan sudah tibanya musim tengkujuh.

-- BERNAMA

 

Copyright © 2009 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior express permission of BERNAMA. Disclaimer.