Berita Utama

1Malaysia Sebagai Jenama Promosi Produk Tempatan - Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- 1Malaysia boleh menjadi satu jenama khas untuk mempromosi produk dari Malaysia ke negara luar, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Jadikan Gagasan 1Malaysia 'Azimat' Hadapi Cabaran Mendatang - Muhyiddin

KINABATANGAN, 11 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu rakyat Malaysia di semua peringkat menjadikan gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'azimat' untuk menghadapi pelbagai cabaran mendatang.

Ekspo 1Malaysia Intrade Perkenal Jenama Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Ekspo 1Malaysia InTrade yang akan diadakan Jun ini akan menggunakan perangkaian luas Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) dengan syarikat-syarikat antarabangsa bagi menarik kehadiran pada acara sulung ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Lagi Khidmat Perubatan Percuma

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kejayaan Klinik 1Malaysia yang dilaksana kerajaan mendorong Temple of Fine Arts (TFA), sebuah badan sukarela, merancang memperluaskan perkhidmatan perubatan percumanya terutama kepada penduduk miskin di bandar.

120 Ahli PKR Papar Sertai UMNO Kerana Gagasan 1Malaysia

KOTA KINABALU, 8 Mac (Bernama) -- Seramai 120 anggota Parti Keadilan Rakyat di mukim Limbahau dalam daerah Papar bertindak keluar parti untuk menyertai UMNO kerana tertarik dengan gagasan 1Malaysia.

Karnival Wanita 1Malaysia Di Dataran Merdeka Mulai 19 Mac

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Karnival Wanita 1Malaysia-Jalinan Rakyat yang akan diadakan selama tiga hari bermula 19 Mac di Dataran Merdeka, dijangka menarik lebih 50,000 pengunjung.