

TYT Dan Lima Menteri Muda Sarawak Angkat Sumpah
KUCHING, 21 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhamad Salahuddin, 88 tahun, hari Sabtu mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak untuk tempoh dua tahun lagi pada satu majlis di Bangunan Lapau Dewan Undangan Negeri Sarawak
Polis Nafi Keluar Kenyataan Bersihkan Nama Kerajaan Negeri
PULAU PINANG, 21 Nov (Bernama) -- Polis Pulau Pinang hari Sabtu menafikan telah mengeluarkan kenyataan yang "membersihkan" nama kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung isu penyampaian bantuan kepada golongan fakir Islam di sebuah tokong Cina baru-baru ini.
Kualiti Barangan Buatan Malaysia Diiktiraf Peringkat Antarabangsa
MELAKA, 21 Nov (Bernama) -- Kualiti barangan buatan Malaysia semakin diiktiraf di pasaran antarabangsa dan ia membantu dalam menembusi pasaran itu dengan meluas, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
'Satu Keluarga , Satu Simpanan' Untuk Keluarga India
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Dengan lebih ramai pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan mereka tetapi tempat terhad di instituti pendidikan awam, MIC menggesa ibu bapa kaum India menyimpan wang untuk pelajaran anak-anaknya.
KKDNKK Rampas DVD Cetak Rompak Bernilai RM400,000
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Sejumlah 46,510 keping cakera padat digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak rompak bernilai RM400,000 dirampas bahagian penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya dari sebuah rumah di Taman Cheras Utama di sini, hari Sabtu.
Mayat Warga Bangladesh Pekerja Kuari Tertimbus Ditemui
LUMUT, 21 Nov (Bernama) -- Mayat seorang warga Bangladesh yang bekerja di sebuah kuari di Jalan Teluk Muroh-Teluk Batik di sini yang runtuh Khamis lepas ditemui dalam keadaan tertiarap berdekatan dengan jentera pengorek pagi tadi.
Nik Ali: Saya Tidak Sabotaj Kerajaan Pulau Pinang
BUTTERWORTH, 21 Nov (Bernama) -- Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang tidak pernah mensabotaj mahupun menekan kerajaan negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, kata seorang pegawai di sini pada hari Sabtu.

