EGM Beri Peluang Adakan Pemilihan Baru MCA

GENTING HIGHLANDS, 21 Nov (Bernama) -- Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berharap Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kedua, yang bakal diadakan 28 Nov ini, membuka laluan untuk pemilihan baru pucuk kepimpinan parti terutamanya jawatan presiden parti itu.

PAS Kelantan Tidak Mahu Campur Isu Berkaitan Nik Aziz

KOTA BAHARU, 21 Nov (Bernama) -- PAS Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan ia tidak ada kena mengenai soal politik.

EGM Kedua MCA Dibatalkan, Pemilihan Semula Dalam Tempoh Enam Bulan?

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Mesyuarat agung luar biasa (EGM) kedua MCA mungkin tidak akan diadakan dan komponen parti Barisan Nasional (BN) kedua terbesar itu mungkin mengadakan pemilihan semula dalam tempoh enam bulan, menurut sumber parti itu.

Umno Sabah Aktifkan Program Penambahan Ahli

KOTA KINABALU, 20 Nov (Bernama) -- Umno Sabah akan mempergiatkan usaha mencari ahli-ahli baru dan mendaftar mereka sebagai pengundi sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

MCA: Liow Suarakan Pandangan Kepada Najib Adakan Pemilihan Semula

PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berpendapat mengadakan pemilihan semula jawatan-jawatan tertinggi parti adalah cara yang paling baik untuk menyelesaikan pergolakan yang berlaku di dalam parti itu.

MCA Hargai Keprihatinan Najib : Heng

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Setiausaha Agung Wanita MCA Senator Heng Seai Kie berkata parti itu menghargai keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berjumpa dengan semua pemimpin kumpulan yang bertelagah dalam MCA.

Ong Pertahan Perubahan, Chua Kembali Ketuai Johor

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat mempertahankan keputusannya merombak Majlis President, dengan menyatakan bahawa beliau memerlukan pasukan yang menyokong penih pelan perpaduan lebih menyeluruh (GUP) untuk memulihkan semula parti menjelang pilihan raya umum.