

Berita-berita Lain
14 November, 2009 16:32 PM
Pemuda UMNO Minta SPRM Siasat Penaja Nik Aziz Ke Mekah
RANTAU PANJANG, 14 Nov (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRRM) menyiasat pengakuan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditaja oleh pihak tertentu bagi menunaikan haji musim ini dengan bayaran RM65,000 seorang.
Pengerusi Biro Agama pergerakan itu, Afandi Yusoff berkata tindakan tegas perlu diambil berdasarkan peruntukan yang ada memandangkan Mursyidul Am PAS itu mempunyai kuasa eksekutif dalam kerajaan negeri.
Sehubungan itu, Pemuda Umno Kelantan akan menyerahkan memorandum kepada SPRM pagi esok untuk mendesak siasatan disegerakan, katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Semalam, Nik Abdul Aziz berkata beliau membatalkan hasrat untuk menunaikan haji itu berikutan berita penajaannya ke tanah suci Mekah itu telah diperbesar-besarkan oleh media.
-- BERNAMA
Kami menyediakan langganan
berita melalui perkhidmatan Newswire.

