Rabu, 01
Oktober 2014

Berita Utama

Belanjawan 2012 Disokong Tenaga Positif Cakerawala, Kata Pengkaji Bintang

Oleh Yong Soo Heong

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Pengkaji bintang yang telah memenangi beberapa anugerah, R S Maniam berkata pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari pukul 4.07 petang pada 7 Okt akan membawa perubahan yang memberi manfaat kepada rakyat kerana waktu berkenaan disokong tenaga positif cakerawala.

Najib Yakin Belanjawan 2012 Semarakkan Program Transformasi

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Belanjawan 2012 yang dibentangnya 7 Okt lepas akan menyemarakkan lagi program transformasi negara yang merangkumi kerajaan, ekonomi dan politik untuk memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Masyarakat Luar Bandar Tumpuan PM Dalam Belanjawan 2012, Kata Abdul Rahim

PITAS, 14 Okt (Bernama) -- Masyarakat luar bandar sewajarnya berbangga dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meletakkan mereka sebagai sasaran utama dalam Belanjawan 2012 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Manfaat Belanjawan 2012 Diperjelas Menerusi Sesi Penerangan Seluruh Negara

SEREMBAN, 13 Okt (Bernama) -- Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang menyusun program penerangan seluruh negara bagi menjelaskan faedah yang dinikmati rakyat menerusi Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas.

Penduduk Pedalaman Sabah Dapat Banyak Manfaat Belanjawan 2012

KENINGAU, 11 Okt (Bernama) -- Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Sairin Karno berkata pengukuhan pembangunan infrastruktur asas luar bandar menerusi peruntukan RM5 bilion dalam Belanjawan 2012 mampu memberi impak positif kepada kehidupan pedalaman di Sabah.

Belanjawan 2012 Malaysia Sedia Tahap Fiskal Lebih Tinggi, Kata Nomura

Oleh Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah

SINGAPURA, 10 Okt (Bernama) -- Unjuran Belanjawan 2012 untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 4.7 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 5.4 peratus tahun ini mungkin satu kejutan kepada pasaran, terutamanya dengan jangkaan berlangsungnya pilihan raya umum, demikian menurut firma penyelidikan, Nomura.

DEWAN RAKYAT: Syor Had Gaji Minimum Skim Rumah Pertamaku Ditingkat

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Seorang penyokong kerajaan Isnin mencadangkan supaya had gaji minimum RM3,000 untuk program Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM6,000 selaras dengan peningkatan had maksimum harga rumah yang kini mencecah sehingga RM400,000.

Belanjawan 2012 Tampan Pertumbuhan Daripada Kemelesetan Luaran, Kata Goldman Sachs

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2012 mempunyai matlamat serampang dua mata bagi menampan pertumbuhan daripada kemelesetan luaran dan memastikan sasaran jangka sederhana penyatuan fiskal berada pada landasannya.