Dana Inovasi Pengkomersialan Patuh Syariah RM500 Juta Untuk PKS
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh syariah berjumlah RM500 juta pada kadar keuntungan yang menarik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kerajaan Cadang Naikkan Caruman KWSP Majikan Kepada 13 Peratus
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan agar caruman majikan dalam Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP) dinaikkan kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Belanjawan 2012: Najib Umum Dasar Transformasi Nasional Pacu Negara Hingga 2020
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2012 berjumlah RM232.8 bilion dan mengumumkan Dasar Transformasi Nasional (DTN) bagi menaungi program-program transformasi yang telah dan akan dilaksanakan ke arah menjayakan cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan maju menjelang tahun 2020.
Suntikan HPV Percuma Untuk Wanita Pada Tahun 2012, Kata Najib
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) bagi membolehkan lebih ramai wanita mendapatkan kemudahan imunisasi mencegah kanser servik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Elaun Dan Kemudahan Anggota Parlimen Dikaji Semula
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji semula elaun dan kemudahan Anggota Parlimen, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Belanjawan 2012: Tiada Lagi Caj Pendaftaran Pesakit Luar Untuk Warga Emas
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Semua warganegara berumur 60 tahun ke atas tidak perlu lagi membayar caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan mulai 1 Jan 2012, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bantuan Hampir RM7,560 Kepada Pemilik Teksi Bajet Dan Kereta Sewa Persendirian
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pemilik teksi bajet persendirian bakal menerima pelbagai bantuan yang dianggarkan bernilai RM7,560 menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2012, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

