Ahad, 19
Mei 2013

Berita Utama

Belanjawan 2012 Disokong Tenaga Positif Cakerawala, Kata Pengkaji Bintang

Oleh Yong Soo Heong

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Pengkaji bintang yang telah memenangi beberapa anugerah, R S Maniam berkata pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari pukul 4.07 petang pada 7 Okt akan membawa perubahan yang memberi manfaat kepada rakyat kerana waktu berkenaan disokong tenaga positif cakerawala.

BURSA MALAYSIA: Saham KL Tinggi Mendahului Pembentangan Belanjawan 2012

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi Khamis, meneruskan kenaikan daripada sesi pagi, mendahului pembentangan Belanjawan 2012, kata para peniaga.

LHDN Mengadakan Pusat Operasi Talian Khas Belanjawan 2012

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia akan mengadakan Pusat Operasi Talian Khas Belanjawan 2012 pada 7 Okt, 2011 dari jam 7.00 petang hingga 10.00 malam.

Mukhriz Harap Belanjawan 2012 Termasuk Inisiatif Kawal Kos Perniagaan

SHAH ALAM, 6 Okt (Bernama) -- Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berharap Belanjawan 2012 akan merangkumi langkah-langkah untuk mengawal kos perniagaan.

Najib Gembira Orang Ramai Kemuka Cadangan Belanjawan 2012

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira dengan penglibatan orang ramai dalam mengemukakan cadangan mengenai belanjawan kepada kerajaan.

ANGKASA Harap Belanjawan 2012 Beri Pelbagai Insentif Kepada Sektor Koperasi

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) berharap Belanjawan 2012 yang akan dibentang Jumaat ini dapat memberi pelbagai insentif dan inisiatif kepada sektor koperasi bagi merangsang pertumbuhan perniagaan koperasi di negara ini.

Ucapan Belanjawan 2012 Turut Disiarkan Secara Langsung Melalui Portal Perbendaharaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Ucapan Pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan di Parlimen Jumaat ini akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan portal Perbendaharaan Malaysia.

FMM Unjur Dasar Jelas, Menyeluruh & Bersepadu Bagi Tenaga Dalam Belanjawan 2012

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menjangka dasar yang jelas, menyeluruh dan bersepadu bagi tenaga dalam Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.