Selasa, 21
Mei 2013

Berita Utama

Belanjawan 2012 Disokong Tenaga Positif Cakerawala, Kata Pengkaji Bintang

Oleh Yong Soo Heong

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Pengkaji bintang yang telah memenangi beberapa anugerah, R S Maniam berkata pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari pukul 4.07 petang pada 7 Okt akan membawa perubahan yang memberi manfaat kepada rakyat kerana waktu berkenaan disokong tenaga positif cakerawala.

Adakah Senyuman Lebar Perdana Menteri Isyarat Berita Baik Bagi Kakitangan Awam?

BATU GAJAH, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tersenyum lebar apabila ditanya adakah kemungkinan kerajaan akan mengumumkan pemberian bonus serta kenaikan gaji kepada kakitangan awam dalam Bajet 2012.

Awang Tengah Yakin Peruntukan Bajet 2012 Tumpu Kepada Pembangunan Infrastruktur Sarawak

KUCHING, 22 Sept Bernama) -- Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yakin peruntukan kepada Sarawak dalam Bajet kerajaan persekutuan bagi tahun 2012 yang akan dibentang bulan depan akan menumpukan kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas lain di negeri ini.

Taib Yakin Kerajaan Pusat Tahu Keperluan Sarawak Dalam Bajet 2012

KUCHING, 21 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau yakin kerajaan pusat tahu berapa keperluan peruntukan untuk Sarawak pada Bajet 2012 yang akan dibentangkan bulan hadapan.

Kurangkan Kadar Cukai Pendapatan Individu Dalam Bajet 2012, Kata MD Mah Sing

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Pengurangan kadar cukai pendapatan individu atau menaikkan pelepasan cukai pendapatan individu bagi meningkatkan pendapatan boleh guna, merupakan sebahagian daripada senarai harapan Bajet 2012 Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd Tan Seri Leong Hoy Kum.

Muhyiddin Yakin Bajet 2012 Beri Perhatian Isu-isu Dihadapi Rakyat

DUNGUN, 20 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak nanti akan memberi perhatian kepada isu-isu yang dihadapi rakyat termasuk mengurangkan kos hidup ketika ini.