Jabatan Kerajaan Disaran Selaras Strategi Sesuai Dengan RMK-9
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman mahu semua jabatan kerajaan menyelaraskan visi, misi dan objektif masing-masing agar selaras dengan kehendak dan sasaran Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Melaka Tubuh BBPN Pantau Projek RMK-9 - Mohd Ali
MELAKA, 5 April (Bernama) -- Kerajaan Melaka menubuhkan Badan Bertindak Pelaksanaan Negeri (BBPN) mencontohi Badan Bertindak Pelaksanaan Negara untuk memantau dan memastikan semua projek negeri di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dilaksanakan mengikut jadual, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam Rabu.
Kedah Akan Beri Tumpuan Kepada Sektor Pertanian Pada RMK9
ALOR STAR, 5 April (Bernama) -- Kedah akan membelanjakan sebanyak RM8.9 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan tumpuan diberikan kepada sektor pertanian, kata Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Fama Sasar Eksport Buah RM17.2 Bilion Menjelang Akhir RMK-9
KOTA BAHARU, 5 April (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) meletakkan sasaran untuk mengeksport buah-buahan bernilai RM17.2 bilion setahun selepas berakhirnya Rancangan Malaysia Kesembilan pada 2010.
800 Koperasi Disasarkan Dalam RMK-9
PULAU PINANG, 4 April (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mensasarkan sebanyak 800 koperasi ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang menjadikan jumlahnya 5,600 koperasi dengan pertumbuhan aset meningkat kepada RM52 bilion dan modal saham RM9.6 bilion.
Temubual Eksklusif PM Dengan RTM
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Berikut ialah salinan temubual eksklusif "Di sebalik Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK-9)" Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui RTM1, Isnin. Beliau ditemubual oleh Datuk Johan Jaaffar.
Penjanaan Ekonomi Tidak Harus Tumpu Pada Satu Sektor Atau Kawasan
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bagi memastikan pengagihan ekonomi yang saksama, penjanaan pembangunan tidak boleh hanya tertumpu kepada satu-satu sektor ataupun kawasan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

