Langkah Pencegahan Untuk Meminimumkan Pencemaran Diteruskan
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus memberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) terhadap langkah pencegahan bagi meminimumkan pencemaran alam sekitar.
RMK9: K'jaan Terus Giat Usaha Tingkat Integriti
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan mempergiatkan usaha meningkatkan integriti dan ketelusan sektor awam dan swasta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), yang antara lain akan meningkatkan penguatkuasaan dan memperkukuhkan langkah menangani rasuah.
RMK-9 Tumpu Usaha Jadikan M'sia Destinasi Pelancongan Global
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Potensi industri pelancongan negara akan terus dipacu sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan tumpuan utama diberikan terhadap usaha mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong global selain mempromosi pelancongan domestik.
K'jaan Janji Perbaiki Pentadbiran Daerah Dan PBT
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan mengambil langkah untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), termasuk memantapkan jentera pentadbiran di peringkat daerah, memperkemas peraturan selain mempercepat pengeluaran lesen dan permit.
Teras Pembangunan Infrastruktur RMK-9 Tumpu Pertingkat Penggunaan
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Teras pembangunan infrastruktur dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan ditumpukan kepada usaha meningkatkan penggunaan kemudahan infrastruktur sedia ada dengan memberi penekanan kepada sistem penyampaian perkhidmatan berkualiti, peluasan rangkaian ke kawasan kurang membangun serta peningkatan keupayaan.
Jambatan Kedua Pulau Pinang Akhirnya Akan Menjadi Kenyataan
PULAU PINANG, 31 Mac (Bernama) -- Bagi rakyat Pulau Pinang yang berulang-alik dari tanah besar dan sebelah pulau, kini mereka boleh menarik nafas lega apabila projek jambatan kedua akhirnya akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Mengupayakan Belia Untuk Masa Depan
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Usaha mengupayakan belia bagi meningkatkan peranan mereka dalam masyarakat, memupuk perpaduan serta membina nusa dan bangsa, menjadi teras pembangunan belia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

