EKONOMI › BERITA






Masih Tiada Berita Rakyat Malaysia Hilang Di Nepal

Oleh M. Santhiran

KATHMANDU, 3 Mei (Bernama) -- Tiada perkembangan atau maklumat terbaharu mengenai dua rakyat Malaysia yang dilapor hilang di Nepal sebelum berlaku gempa bumi di negara itu pada 25 April lalu.

Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di sini, Fadli Adilah berkata sehingga lewat petang semalam, pasukan mencari dan menyelamat serta polis Nepal tidak menerima sebarang maklumat lanjut mengenai mereka.

Ahli perniagaan Dennis Lee Thian Poh, 47, dilapor hilang semasa menyusuri Khopra Danda hingga Deurali pada 5 April sementara Sai Jaya Raj Anthony, 37, hilang sejak 21 April.....