EKONOMI › BERITA






PRM: Parlimen Permatang Pauh Perlukan Wakil Rakyat Anak Tempatan

BUKIT MERTAJAM, 4 Mei (Bernama) -- Penduduk di kawasan Parlimen Permatang Pauh memerlukan seorang wakil rakyat anak tempatan bagi memastikan segala permasalahan rakyat mendapat perhatian sepenuhnya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata banyak faedah dan manfaat jika Anggota Parlimen Permatang Pauh adalah anak jati kawasan itu, kerana lebih memahami masalah rakyat setempat.

Katanya calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin sebagai anak jati Permatang Pauh sudah pasti mempunyai banyak masa untuk berkhidmat kepada penduduk Permatang Pauh, berbanding calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang bukan berasal dari Permatang Pauh.....