ARKIB › SENARAI BERITA




JOHOR BAHRU, 17 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki mati dipercayai ditikam anak remajanya yang dikatakan mendapat tahu bapa kandungnya mempunyai wanita simpanan dalam kejadian di sebuah rumah teres dua tingkat di Skudai, kira-kira 15km dari sini, hari ini.


MIRI, 17 Jan (Bernama) -- Dua lelaki rakyat tempatan serta 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Jabatan Imigresen di dua lokasi berasingan pada 10.15 pagi tadi.


PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) -- Kerajaan merancang memperkenal peraturan baharu bagi memudahkan urusan pembangunan semula kawasan perumahan awam berusia lebih 25 tahun serta melindungi hak penduduk asalnya, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.


LABUAN, 17 Jan (Bernama) -- Sebanyak 1,095,452 pelancong dan pengunjung yang singgah bermalam memasuki pulau bebas cukai di sini sepanjang tahun lepas, melepasi jumlah yang direkodkan pada 2016 iaitu sebanyak 8.24 peratus.


KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Grab, pengendali pengangkutan e-hailing terkemuka di Asia Tenggara, mengumumkan langkahnya mengambil alih syarikat pembayaran berpejabat di Banglore, iKaaz, hari ini.


ALOR SETAR, 17 Jan (Bernama) -- Kerajaan Kedah hari ini memaklumkan telah melunaskan sepenuhnya kos perubatan kakitangan Pejabat Dewan Undangan Negeri Kedah, Mohd Radzi Abd Hadi yang dimasukkan ke Hospital Dignity Health, California akibat terkena serangan jantung ketika mahu menziarahi keluarganya di Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat pada 9 Dis lalu.


MELAKA, 17 Jan (Bernama) -- Projek pembangunan kereta kabel bernilai lebih RM45 juta bakal menjadi ikon pelancongan terbaharu Melaka dalam usaha merancakkan industri pelancongan negeri pada masa akan datang.