POLITIK › UTAMA

KUANTAN, 24 Julai (Bernama) -- Kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-14 nanti, jelas menunjukkan peribadinya yang semakin keanak-anakan dan pendendam.


PENDANG, 24 Julai (Bernama) -- Pembinaan hospital baharu di Pendang tetap akan dilaksanakan kerajaan seperti yang dijanjikan sebelum ini dan ia bukannya sekadar 'gula-gula' pilihan raya.


KANGAR, 23 Julai (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata parti pembangkang yang ingin menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mesti mampu menjaga kebajikan rakyat negeri ini dengan cemerlang seperti BN.


SANDAKAN, 23 Julai (Bernama) -- Usul Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi agar 50 peratus muka baharu diketengahkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti sejajar dengan pendirian pucuk pimpinan pergerakan itu.


IPOH, 23 Julai (Bernama) -- Tiada istilah kalah dalam UMNO, sebaliknya parti keramat orang Melayu itu sentiasa bekerja keras untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.


KEPALA BATAS, 23 Julai (Bernama) -- Gabungan pakatan pembangkang, Pakatan Harapan, ditubuh bukan untuk kebenaran, sebaliknya hanya mempunyai satu matlamat iaitu demi kuasa, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.