Hujan lebat akibatkan tebing jalan kawasan perumahan di Kulai runtuh [ 2h ago ]

Jho Low bertindak sebagai 'consigliere' Najib - saksi

KUALA LUMPUR, 10 Okt  -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bertindak sebagai ‘consigliere’ atau penasihat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas CEO 1MDB tidak terkejut Istana bertanya tentang Jho Low

KUALA LUMPUR, 10 Okt  -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MBD)  memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau tidak terkejut apabila Istana Terengganu bertanya tentang karakter ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam perkara berkaitan Terengganu Investment Authority (TIA) Berhad, yang kemudiannya dinamakan semula sebagai 1MDB.

Najib tidak begitu suka nama "MIB" singkatan Malaysian Investment Berhad - saksi

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak begitu suka nama "MIB", singkatan bagi Malaysian Investment Berhad yang menyebabkan nama itu kemudian ditukar kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad ) pada Ogos 2009.

Mahkamah: Najib setuju TIA diambil alih kerajaan Persekutuan

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju supaya Terengganu Investment Authority Berhad  (TIA), yang kemudian dinamakan semula sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), diambil alih oleh kerajaan Persekutuan.

Ada rancangan bina hotel mewah di Pulau Bidong - saksi

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menegaskan ada rancangan untuk membina sebuah hotel mewah di Pulau Bidong dalam cadangan projek 1MDB walaupun beliau tidak pernah menjejak kaki ke pulau kecil di luar pantai Terengganu itu.

Mesyuarat kabinet bangkitkan kebimbangan aduan Sultan Mizan berhubung bon RM5 bilion

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Kabinet dalam mesyuaratnya telah membangkitkan kebimbangan mengenai aduan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Mizan Zainal Abidin berhubung terbitan bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM5 bilion oleh Terengganu Investment Authority Berhad (TIA), Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Sila matikan telefon - mahkamah

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Bunyi telefon bimbit semasa perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengganggu perbicaraan, termasuk Hakim Collin Lawrence Sequerah.

AmBank sengaja sembunyi fakta mengenai pelanggan bon 1MDB - saksi

KUALA LUMPUR, 9 Okt  -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Kumpulan AmBank sengaja menyembunyikan fakta dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tentang Aktis Capital and Country Group menjadi pelanggan sekunder bon 1MDB pada 2009.

Jho Low satu-satunya penghubung antara 1MDB, saya dan Najib - bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 9 Okt  -- Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low merupakan satu-satunya penghubung antara ketua pegawai eksekutif  (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika itu dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.