SOJC: Malaysia kalahkan Jepun, akan betemu lagi untuk tempat ketiga, keempat [ 35m ago ]

Najib beri penuh kepercayan kepada jho Low - Saksi

KUALA LUMPUR, 25 Sept  -- Seorang saksi penting memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kepercayaan penuh kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low untuk menguruskan isu-isu berkaitan projek usahasama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International Ltd. (PSI).

BOD 1MDB lulus program RM10 bilion untuk bangun semula Sungai Besi Airport & KLIFD - Saksi

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meluluskan “Proposed Funding Programme” berjumlah sehingga RM10 bilion sebagai modal untuk menjalankan pembangunan semula Sungei Besi Airport dan Kuala Lumpur International Finance District (KLIFD) yang kini dikenali sebagai TRX.

US$700 juta dana 1MDB dikatakan dipindah ke syarikat Jho Low - Saksi

KUALA LUMPUR,  25 Sept (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa sekiranya audit dikendalikan ia akan mendedahkan bahawa dana US$700 juta dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindahkan ke sebuah syarikat, yang dimiliki oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low.

Projek Pulau Bidong tukar kepada projek Aria - Bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Projek Aria iaitu cadangan projek usahasama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International Ltd. (PSI) adalah bagi menggantikan projek pembangunan Pulau Bidong, Terengganu yang  tidak dapat diteruskan, Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu.

Elaun RM120,000 sebagai pengerusi BOA 1MDB ditetapkan Najib - Saksi

KUALA LUMPUR, 25 Sept -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa jumlah elaun RM120,000 setahun yang diperoleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat (BOA) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditetapkan sendiri oleh bekas perdana menteri itu.

Nilai pelaburan usahasama PSI dengan 1MDB US$2.5 bilion - Bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 25 Sept --  Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa PetroSaudi International Ltd (PSI)  membina kerjasama pelaburan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan nilai US$2.5 bilion di mana 1MDB akan menyuntik modal sebanyak US$1 bilion secara tunai.

Usahasama 1MDB-PSI tercetus atas yacht masa Najib bercuti di South France - Saksi

KUALA LUMPUR,  25 Sept --  Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa projek usahasama di antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) dicetus dan dibincangkan semasa Datuk Seri Najib Tun Razak bercuti di South France di atas sebuah kapal layar bersama Putera Turki bin Abdullah pada Ogos 2009.