Penutupan jalan sempena acara Tour of Peninsular Malaysia 2019 [ 14m ago ]

Najib tidak begitu suka nama "MIB" singkatan Malaysian Investment Berhad - saksi

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak begitu suka nama "MIB", singkatan bagi Malaysian Investment Berhad yang menyebabkan nama itu kemudian ditukar kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad ) pada Ogos 2009.

Mahkamah: Najib setuju TIA diambil alih kerajaan Persekutuan

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju supaya Terengganu Investment Authority Berhad  (TIA), yang kemudian dinamakan semula sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), diambil alih oleh kerajaan Persekutuan.

Ada rancangan bina hotel mewah di Pulau Bidong - saksi

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menegaskan ada rancangan untuk membina sebuah hotel mewah di Pulau Bidong dalam cadangan projek 1MDB walaupun beliau tidak pernah menjejak kaki ke pulau kecil di luar pantai Terengganu itu.

Mesyuarat kabinet bangkitkan kebimbangan aduan Sultan Mizan berhubung bon RM5 bilion

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Kabinet dalam mesyuaratnya telah membangkitkan kebimbangan mengenai aduan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Mizan Zainal Abidin berhubung terbitan bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM5 bilion oleh Terengganu Investment Authority Berhad (TIA), Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Sila matikan telefon - mahkamah

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Bunyi telefon bimbit semasa perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengganggu perbicaraan, termasuk Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Jho Low satu-satunya penghubung antara 1MDB, saya dan Najib - bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 9 Okt  -- Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low merupakan satu-satunya penghubung antara ketua pegawai eksekutif  (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika itu dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Ada orang dalam UMNO iri hati tentang hubungan Jho Low dengan Najib - saksi

KUALA LUMPUR, 7 Okt  -- Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa ada orang dalam UMNO yang mempunyai "perasaan dengki" terhadap pengaruh dan akses Low Taek Jho atau Jho Low kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.