Hujan lebat akibatkan tebing jalan kawasan perumahan di Kulai runtuh [ 3h ago ]

Arul Kanda bantah permohonan Najib tangguh perbicaraan

KUALA LUMPUR, 15 Nov  -- Bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy yang didakwa bersubahat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membuat pindaan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, membantah permohonan bekas perdana menteri itu untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadual bermula Isnin ini.

Skandal 1MDB : Permohonan Najib dan keluarga periksa barang disita didengar 31 Jan 2020

KUALA LUMPUR, 15 Nov  -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 31 Jan tahun depan bagi mendengar permohonan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anak perempuan mereka untuk membuat pemeriksaan fizikal terhadap barangan yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wang RM1,980,328.37 daripada Yayasan Tun Hussein Onn kini hak kerajaan

KUALA LUMPUR, 15 Nov  -- Wang berjumlah RM1,980,328.37 yang dibekukan daripada akaun Yayasan Tun Hussein Onn, yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini menjadi harta Kerajaan Malaysia.

1MDB: permohonan lucut wang RM700,000 UMNO Pekan didengar 28 Feb 2020

KUALA LUMPUR, 15 Nov  -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 28 Feb tahun depan untuk mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak wang RM700,000 atas nama UMNO Bahagian Pekan yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib fail notis usul tangguh perbicaraan kes pinda laporan audit

KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan notis usul untuk menangguhkan perbicaraan kes meminda laporan akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang dijadualkan bermula Isnin ini.

Skandal 1MDB: 13 Dis keputusan lucut wang badan perhubungan UMNO Kedah

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 13 Dis untuk keputusan permohonan pihak pendakwaan bagi melucut hak ke atas wang berjumlah RM1,054,019.22 yang disita daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Perbicaraan kes ketiga dihadapi Najib bermula Isnin ini

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, yang menghadapi pertuduhan meminda laporan akhir pengauditan 1MDB, akan bermula Isnin ini seperti dijadualkan.

Perbicaraan kes 1MDB ditangguhkan kerana peguam, saksi tidak sihat

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menangguhkan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak kerana peguam utama yang mewakili bekas perdana menteri itu dan saksi kesembilan pihak pendakwaan tidak sihat.

Skandal 1MDB: pendengaran lucut wang RM1 juta Parti Bersatu Rakyat Sabah 28 Nov

KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 28 Nov untuk mendengar  permohonan pendakwaan untuk melucut hak ke atas wang RM1 juta daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).