KBS bakal salur dana khas kepada Hafizh Syahrin [ 20m ago ]

Bahasa gerak-geri menunjukkan Najib, Jho Low positif, amat selesa - Saksi

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa daripada bahasa gerak-geri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, beliau yakin kedua-duanya “positif dan amat selesa” antara satu sama lain.

Ketirisan 1MDB menerusi pemindahan dana pinjaman untuk projek - saksi

“Kini saya sedar bahawa corak ketirisan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari 2009 hingga 2013 apabila sentiasa meminjam dana untuk projek yang kononnya baik untuk negara dan kemudian memindahkan pula beberapa dana yang dipinjam itu,” bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB mendedahkan perkara ini di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Jho Low, Jasmine Loo cadang agar pemilikan ekuiti PSOSL milik anak syarikat 1MDB dilupuskan - saksi

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mencadangkan agar pemilikan ekuiti PetroSaudi Oil Service Limited (PSOSL) yang dimiliki oleh 1MDB International Holdings Limited dilupuskan dengan cara menjual 100 peratus syer kepada Bridge Partners International Investment Limited.

Najib lulus anak syarikat 1MDB Share Capital US$2.2 bilion - saksi

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kelulusan kepada anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memiliki 49 peratus ‘issued share capital’ dalam PetroSaudi Oil Service Limited (PSOSL) dengan nilai US$2,222,630,000 bilion.

Bekas CEO 1MDB selesai baca penyataan saksi setebal 270 muka surat dalam masa enam hari

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, hari ini selesai membacakan penyataan saksinya setebal 270 muka surat selepas enam hari berada di dalam kandang saksi bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana  1MDB.

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB terbang ke Singapura untuk elak prosiding PAC

Bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diarahkan oleh pejabat Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meninggalkan negara untuk mengelakkan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen pada  2015, Mahkamah di sini diberitahu hari ini.

1MDB mempunyai hutang RM30 billion, ditanggung MoF dan kerajaan - saksi

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berada dalam keadaan berhutang  berjumlah RM30 bilion yang ditanggung  oleh Kementerian Kewangan (MoF) dan Kerajaan Persekutuan.