Hujan lebat akibatkan tebing jalan kawasan perumahan di Kulai runtuh [ 2h ago ]

Kebanyakan dana 1MDB untuk TRX, Bandar Malaysia, disalurkan ke PSI - Saksi

KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Kebanyakan dana yang dikumpul 1Malaysia Development Berhad  (1MDB) untuk pembangunan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) atau dikenali sebagai Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia, disalurkan ke PetroSaudi International Ltd (PSI).

Skandal 1MDB: Pendengaran lucut hak Badan Perhubungan UMNO Kelantan 3 Dis

KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 3 Dis untuk mendengar  permohonan pendakwaan untuk melucut hak ke atas wang berjumlah RM32,962.87 yang disita daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Sorotan perbicaraan 1MDB Najib pada 29-31 Okt

KUALA LUMPUR,  2 Nov  -- Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mendengar mengenai perjanjian usaha sama (JV) antara 1MDB dan PetroSaudi International Ltd (PSI).

Skandal 1MDB: Hakim tarik diri dengar kes lucut harta Obyu Holdings

KUALA LUMPUR, 1 Nov -- Permohonan kerajaan untuk melucut hak terhadap harta yang disita daripada premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd berjumlah RM680 juta akan didengar di hadapan hakim baharu.

Perbicaraan kes 1MDB ditangguh sehingga Isnin, Najib alami alahan mata

KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan pertuduhan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan sehingga Isnin ini kerana bekas perdana menteri itu sekali lagi mengalami masalah pada matanya.

1MDB perantara strategik Najib - Bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 28 Okt -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa 1MDB adalah perantara strategik bagi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan sebagai pekerja, beliau mahu berkhidmat dengan baik.

Mungkin salah saya dengar cakap Najib - Bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 29 Okt  -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa mungkin salahnya 'mendengar' cakap Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal berkaitan dengan dana syarikat milik negara itu.

1MDB adalah saluran strategik bagi Najib - Bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata 1MDB adalah saluran strategik bagi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan sebagai pekerja, beliau mahu berkhidmat dengan baik.

Lembaga pengarah 1MDB tidak dimaklumkan dana JV US1 bilion dipecahkan - Bekas CEO

KUALA LUMPUR, 29 Okt --  Lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dimaklumkan mengenai keputusan untuk memecahkan dana US$1 bilion untuk syarikat usaha sama (JV) 1MDB-PetroSaudi International Ltd (PSI) kepada US$300 juta dan US$700 juta, dengan jumlah besar kepada Good Star Ltd.