Hujan lebat akibatkan tebing jalan kawasan perumahan di Kulai runtuh [ 3h ago ]

Sorotan perbicaraan 1MDB Najib pada 21 & 24 Okt

KUALA LUMPUR, Oct 26  -- Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaksikan pasukan pembelaan memperbesarkan  soal perjanjian jual beli (JV) antara dana kekayaan negara (1MDB) dan PetroSaudi International Limited (PSI).

Skandal 1MDB: Kes lucut hak wang Yayasan Tun Hussein Onn didengar 15 Nov

KUALA LUMPUR, 25 Okt-- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 15 Nov untuk mendengar permohonan lucut hak wang RM1,980,328.37 juta yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Yayasan Tun Hussein Onn yang didakwa mempunyai kaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

1MDB bodoh bayar US$1 bilion bagi usahasama 1MDB-PSI - saksi

KUALA LUMPUR, 24 Okt -- Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bodoh membayar US$1 bilion untuk memperoleh 40 peratus pegangan ekuiti dalam usahasama (JV) 1MDB dan Petro Saudi Holdings (Cayman) Ltd manakala PetroSaudi International Ltd (PSI) hanya menyuntik US$108 juta untuk mendapatkan 60 peratus syer.

1MDB adalah Najib, Najib adalah 1MDB - saksi

KUALA LUMPUR, 24 Okt -- Bekas ketua pegawai eksekutif dana kekayaan milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menyifatkan "1MDB adalah Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Najib adalah 1MDB".

Lembaga Pengarah 1MDB tidak dimaklumkan mengenai hutang AS$700 juta - saksi

KUALA LUMPUR, 24 Okt -- Bekas Ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad berkata beliau tidak memaklumkan kepada Lembaga Pengarah (BOD) entiti usahasama syarikat yang bernama 1MDB-PetroSaudi Ltd, bahawa syarikat itu berhutang US$700 juta dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) kerana beliau berada dalam tekanan hebat.

Tidak masuk akal Najib tidak persoal RM42 juta dimasukkan ke akaunnya - Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 22 Okt  -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mungkin tidak mengetahui langsung mengenai akaun bank peribadinya sehingga tidak pernah mempersoalkan atau menyaman banknya walaupun menerima RM42 juta di dalam akaunnya, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Peguam Negara peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Lokman Adam

KUALA LUMPUR, 22 Okt -- Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas hari ini memperoleh kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding komital terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam kerana didakwa menggugut seorang saksi, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jho Low bertanggungjawab sedia pelan tindakan 1MDB - saksi

KUALA LUMPUR, 21 Okt  -- Ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau Jho Low telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk menyediakan pelan tindakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta maklumat yang akan disampaikan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Majlis tandatangani perjanjian JV antara 1MDB dan PSI tidak pernah berlaku

KUALA LUMPUR, 21 Okt -- Saksi kesembilan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa majlis menandatangani perjanjian usaha sama (JV) antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International Ltd (PSI) tidak pernah berlaku.

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azra