SOJC: Malaysia kalahkan Jepun, akan betemu lagi untuk tempat ketiga, keempat [ 4m ago ]

Saksi anggap bayaran AS$576,943,490 kepada Aabar dipersetujui Najib

KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah mempersoalkan siapa yang menentukan jumlah pembayaran deposit sekuriti sebanyak US$576,943,490 kepada Aabar Investment PJS Limited kerana menganggap ia telah dipersetujui Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jho Low atur bayaran deposit keselamatan untuk tujuan seleweng- bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low telah mengatur pembayaran deposit keselamatan berjumlah US$576, 943, 490 kepada Aabar Investments PJS (Aabar) bagi pengambilalihan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (TEHSB) bertujuan untuk diselewengkan.

1MDB tak boleh buat pinjaman baharu selepas Mei 2009 tanpa kelulusan Najib

KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh membuat pinjaman baharu  tanpa kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Mei 2009.

Intipati perbicaraan Najib berhubung dana 1MDB dari 23-26 Sept

KUALA LUMPUR, 28 Sept -- Satu demi satu keterangan yang menggemparkan didedahkan semasa perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini minggu ini.

Syarikat anak tiri Najib, Red Granite terima US$9 juta daripada syarikat Jho Low - saksi

Red Granite Pictures, syarikat produksi Hollywood yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street, milik anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz, menerima US$9 juta (kira-kira RM38 juta) sebagai pendahuluan untuk mengeluarkan filem daripada Good Star Ltd, syarikat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Jho Low proksi Najib bagi isu pembelian IPP dan jaminan IPIC - saksi

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low adalah proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menguruskan isu berkaitan pembelian pengeluar tenaga bebas (IPP) serta bon yang dijamin oleh International Petroleum Investment Co (IPIC).

Najib luluskan pengambilalihan Tanjong Energy pada RM10.6 bilion - saksi

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan cadangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi pengambilalihan syarikat Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (TEHSB) pada harga bidaan sebanyak RM10.6 bilion pada Februari 2012.