KBS bakal salur dana khas kepada Hafizh Syahrin [ 5m ago ]

Jho Low tanya saya sama ada mahu pindah ke Pemandu - Bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, Sept 26 (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah menawarkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk berpindah ke Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Arul Kanda nasihat ahli lembaga pengarah 1MDB tidak bercakap dengan media - Saksi

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  Arul Kanda Kandasamy menasihatkan ahli lembaga pengarah (BOD) syarikat itu supaya tidak bercakap dengan media mengenai laporan berkaitan 1MDB pada 2015, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Najib terima hadiah jam nampak ´mewah´ daripada CEO PSI - Saksi

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima hadiah jam tangan mewah daripada pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif PetroSaudi International Limited (PSI) Tarek Obaid.

PSI mohon 1MDB hantar 'swift clarification' tukar maklumat benefisiari

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) --  Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PetroSaudi International Ltd (PSI) Tarek Obid memohon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menghantar 'swift clarification' bagi menukarkan maklumat terperinci benefisiari dari PSI kepada nombor akaun. 

Jho Low jadi "matchmaker" perjumpaan Najib dengan CEO Goldman Sachs di New York - Saksi

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Low Taek Jho atau Jho Low menjadi “matchmaker” antara  Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pegawai Eksekutif CEO Goldman Sachs (Global) iaitu Llyod Craig Blankfein yang mengadakan perjumpaan di Hotel Four Seasons, New York pada 2009 untuk membincangkan kerjasama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Goldman Sachs bagi pelaburan di luar negara.

Jho Low arah dokumen sulit usaha sama 1MDB-PSI dimusnahkan - Bekas CEO 1MDB

UALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mengarahkan supaya maklumat sulit dan sensitif berhubung projek usaha sama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International Ltd (PSI) dimusnahkan kerana jika dokumen itu disalahgunakan akan menggugat kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

1MDB buat 'draw down' RM715 juta bangunkan TRX dan Bandar Malaysia - Saksi

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah membuat 'draw down' sebanyak RM715 juta daripada Syndicated Term Loan (STL) membabitkan projek Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD) atau kini dikenali Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.