Polis Kemboja selamatkan wanita warga Thailand ditahan sebagai tebusan oleh 4 rakyat Malaysia [ 33m ago ]

Jerebu semakin berkurangan - JAS

PUTRAJAYA, 24 Sept (Bernama) -- Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di rangkaian stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) didapati menurun dengan keadaan jerebu berkurang sejak 11 pagi tadi berbanding semalam.

Langit kembali cerah, jerebu beransur pulih

KUALA LUMPUR, 24 Sept  -- Langit kembali cerah hari ini sejak negara dilanda jerebu dua minggu lepas apabila kualiti udara secara keseluruhan bertambah baik setakat pukul 6.00 petang ini.

Jerebu: Nelayan Kelantan diminta berwaspada ketika di laut

KOTA BHARU, 24 Sept (Bernama) -- Nelayan di Kelantan diminta berwaspada ketika menangkap ikan di laut berikutan situasi jerebu yang mengurangkan jarak penglihatan.

Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Sri Aman masih diteruskan

KUCHING, 24 Sept (Bernama) - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak masih melakukan operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Sri Aman yang sudah memasuki hari kesembilan.

Jerebu: Keberkesanan penutup hidung, muka kain bercorak tidak dapat dipastikan

GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Penutup hidung dan mulut jenis kain bercorak kartun muncul ketika Pulau Pinang dilanda jerebu namun Jabatan Kesihatan negeri tidak dapat memastikan keberkesanan penggunaannya dalam keadaan cuaca sebegini.

Produk-produk pertanian secara mapan boleh bantu tangani jerebu - WWF Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pertubuhan World Wide Fund for Nature-Malaysia (WWF-Malaysia) menggesa syarikat-syarikat tempatan membangunkan sumber produk-produk pertanian secara lebih mapan dalam menangani musim jerebu yang sering berulang melanda negara.

Jerebu: Hanya 14 kawasan bacaan IPU tidak sihat setakat tengah hari ini

KUALA LUMPUR,  24 Sept  -- Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik tengah hari ini apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus menunjukkan penurunan dengan hanya 14 kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat berbanding 25 kawasan pada 7 pagi tadi.