Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyikan kelahiran, buang mayat bayi [ 4h ago ]

Tingkat pelaburan di negara Islam kurang berada - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 21 Dis -- Negara Islam yang kaya diminta supaya melabur lebih banyak lagi di negara-negara Islam yang kurang berada agar kemakmuran dan kemajuan dapat dikongsi antara mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sidang Kemuncak KL lengkapi usaha gabungan negara Islam lain - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 21 Dis -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Sidang Kemuncak KL bertindak sebagai kerjasama strategik untuk melengkapkan usaha yang dilakukan oleh gabungan negara Islam sedia ada seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D-8).

Sidang Kemuncak KL membuahkan hasil ketara - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 21 Dis -- Penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019 membuahkan hasil ketara yang digariskan dalam usaha membawa kemajuan dan memperbaiki keadaan ummah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bela nasib umat Islam tanpa negara perlu jadi keutamaan - Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR, 21 Dis -- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah negara-negara Islam harus menangani keperitan yang dihadapi umat Islam tanpa negara di seluruh dunia seiring dengan proses meneruskan agenda pembangunan negara masing-masing.

Sultan Nazrin Shah tiba untuk majlis penutup Sidang Kemuncak KL

KUALA LUMPUR, 21 Dis  -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah tiba di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pagi ini bagi menyempurnakan majlis penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019. 

Inisiatif Sidang Kemuncak KL mula digerakkan

KUALA LUMPUR, 20 Dis -- Inisiatif-inisiatif konkrit yang diperakukan pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 mula digerakkan bagi menangani isu-isu yang membelenggu umat Islam dengan kaedah penyelesaian yang boleh dilaksanakan.

Dr Mahathir puas hati dengan liputan media Sidang Kemuncak KL 2019

KUALA LUMPUR, 20 Dis -- Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa puas hati dengan liputan berita yang disediakan oleh media tempatan dan asing mengenai Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Kongres berhubung pengajaran tulisan khat oleh Dong Jiao Zong mungkin undang tindak balas - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 20 Dis -- Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran mengenai akibat sekiranya kumpulan pendidikan Cina Dong Jiao Zong meneruskan kongres yang dirancang berhubung pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah vernakular.

Malaysia gesa perdagangan sesama negara Islam dipertingkat

KUALA LUMPUR, 20 Dis -- Negara-negara Islam perlu menggiatkan perdagangan dan pelaburan yang lebih besar untuk mewujudkan skala ekonomi dengan mengguna pakai revolusi perindustrian keempat bagi menjana kekayaan dan kemakmuran.

Azmin pertahan PNB walaupun dividen ASB rendah

KUALA LUMPUR, 20 Dis -- Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mempertahankan Permodalan Nasional Bhd (PNB), yang dikritik selepas mengumumkan pembayaran dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang terendah sejak ia dilancarkan pada 1990.