UM perjelas punca halang graduan perakaunan sertai konvokesyen [ 9h ago ]

Senarai Berita AM

UM perjelas punca halang graduan perakaunan sertai konvokesyen

KUALA LUMPUR, 16 Okt -- Universiti Malaya (UM) bertindak menghalang seorang graduannya daripada menyertai istiadat konvokesyen semalam, selepas didapati menghasut graduan lain untuk turut serta mendesak Naib Canselor universiti itu meletakkan jawatan kerana kononnya bersikap perkauman.

Wisma Putra nasihat orang ramai tangguh perjalanan ke Catalonia, Sepanyol

KUALA LUMPUR, 16 Okt -- Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang berhasrat melakukan perjalanan yang kurang penting ke wilayah Catalonia di Sepanyol, supaya menangguhkannya.

Unimas mulakan program 2U2I tahun depan

KUCHING, 16 Okt -- Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) akan mengguna pakai program dua tahun pembelajaran di universiti dan dua tahun latihan industri (2U2I) mulai tahun depan, dalam usaha meningkatkan kemahiran pelajar, sekaligus memudahkan graduan mendapat kerja.

Mangsa banjir di Sungai Siput meningkat lagi malam ini

IPOH, 16 Okt -- Jumlah mangsa banjir kilat di Sungai Siput terus meningkat kepada 207 orang mangsa daripada 66 keluarga setakat 11 malam ini berbanding 200 orang mangsa daripada 61 keluarga petang tadi.

UAE tubuh universiti kecerdasan buatan (AI) pertama dunia

ABU DHABI, 16 Okt -- Dalam usaha membangunkan bidang kecerdasan buatan (AI), Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini mengumumkan penubuhan institusi penyelidikan AI yang pertama di dunia.

Cubaan seludup lebih daripada 3,000 karton rokok guna kenderaan dari Malaysia gagal

SINGAPURA, 16 Okt -- Pihak berkuasa Singapura menemui lebih daripada 3,000 karton rokok yang belum dibayar cukai disembunyikan dalam sebuah bas dan lori kontena berdaftar di Malaysia yang tiba di Pusat Pemeriksaan Tuas, dalam tempoh selang tiga hari.   

Jurutera rugi RM24,300 ditipu Macau Scam

GEORGE TOWN, 16 Okt -- Seorang jurutera sebuah kilang di Bayan Lepas, dekat sini mengalami kerugian RM24,300 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa kononnya dia terlibat dalam pengubahan wang haram dan dadah, semalam.