Pengeluar produk makanan sunnah perlu kemuka kajian saintifik [ 7h ago ]

Senarai Berita AM

Wartawan Bernama tidak terlibat dalam kekecohan

KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menjelaskan bahawa wartawannya tidak terlibat dalam kekecohan yang mengakibatkan kecederaan pada Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Melissa Ong di Forum Pelaburan Perniagaan dan Perdagangan Asli-Rusia di sini hari ini.

Belum ada permohonan berkaitan bike-hailing

KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Kementerian Pengangkutan setakat ini belum menerima sebarang permohonan daripada syarikat perniagaan yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan 'bike-hailing' di negara ini.

Umat Islam digesa bela mereka yang lemah tanpa kira agama, kaum - Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Setiap orang Islam mempunyai tanggungjawab untuk membela mereka yang lemah dan melarat, tanpa diambil kira latar belakang kaum dan agama dalam negara majmuk seperti Malaysia, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedutaan AS ditutup Isnin ini

KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang terletak di Jalan Tun Razak di sini akan ditutup pada Isnin ini sempena Hari Veteran bagi menghormati veteran tentera negara itu.

Suspek serangan Yala diberkas

BANGKOK, 8 Nov  -- Seorang lelaki telah ditahan kerana disyaki mengambil bahagian dalam serangan yang membunuh 15 orang di sebuah pangkalan sukarelawan pertahanan kampung di wilayah Yala pada Selasa, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

KKMM kerjasama dengan KBS bangunkan e-sukan - Gobind

KUALA LUMPUR, Nov 8 -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membangunkan infrastruktur digital terutamanya e-sukan.

Program pencegahan tangani masalah bantut kanak-kanak - Dr Wan Azizah

KOTA BHARU, 8 Nov -- Kerajaan telah menyalurkan peruntukan khas kepada Kementerian Kesihatan bagi menjalankan intervensi berkaitan kesihatan dan pemakanan untuk menangani masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.