Pendapatan KWSP RM13.50 bilion pada suku ketiga kerana ketidaktentuan pasaran [ 12m ago ]

Senarai Berita AM

Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,504 orang tengah hari ini

KOTA BHARU, 1 Dis -- Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,504 orang membabitkan 403 keluarga sehingga pukul 1 tengah hari ini berbanding 389 orang pagi tadi apabila Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh mula dilanda banjir.

Bomba bantu kebumi jenazah warga emas di Rantau Panjang

PASIR MAS, 1 Dis -- Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang membantu urusan pengebumian seorang warga emas yang meninggal dunia di Kampung Bakong, malam tadi, selepas kawasan tersebut dinaiki air sedalam satu meter berikutan banjir dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan biasa.

Jangan cucuk jarum berulang kali jika tidak jumpa salur darah bayi

IPOH, 1 Dis  -- Doktor atau jururawat yang tidak menjumpai saluran darah pada bayi untuk memasukkan jarum atau pengambilan darah perlu mendapatkan bantuan orang lain atau yang lebih senior. 

Program Eko Komuniti tingkat kesedaran jaga kebersihan

KUALA KANGSAR, 1 Dis -- Program Eko Komuniti #trashtocash dijangka dapat meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan mengasingkan sampah kerana ia boleh menjana pendapatan sampingan melalui kitar semula.

Nadma mahu pengurusan bencana negeri tingkatkan kesiapsiagaan

PUTRAJAYA, 1 Dis --  Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menasihatkan  supaya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah diaktifkan serta  ditingkatkan  tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

GRO warga asing ditahan dalam operasi di JB

JOHOR BAHRU, 1 Dis  -- Pelayan pelanggan (GRO) warga asing merupakan antara yang ditahan dalam serbuan Ops Gegar di sebuah pusat hiburan popular di Jalan Wong Ah Fook, di sini, malam tadi.

16,997 anak Johor sudah mendapat tempat pekerjaan

ISKANDAR PUTERI, 1 Dis -- Seramai 16,997 anak tempatan Johor sudah mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang bermula Januari hingga Oktober tahun ini.