Kim raih gelaran sulung ADT pada Kejohanan PGM MNRB [ 45m ago ]

Senarai Berita AM

Kerajaan disaran sentiasa terbit Dokumentari Khas Hari Malaysia

SIBU, 10 Sept  -- Kerajaan disaran supaya sentiasa menerbitkan dokumentari khas mengenai penubuhan Malaysia pada 16 Sept 1963 dan menyiarkannnya dalam media elektronik arus perdana untuk didedahkan kepada generasi muda selaku generasi pewaris untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Siaran tanpa henti 24 jam Bernama bakal catat Malaysia Book of Records

KUALA LUMPUR, 10 Sept  -- Menerusi siaran langsung tanpa henti selama 24 jam dalam empat bahasa dari 16 hingga 17 Sept ini bersempena Hari Malaysia, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bakal mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu maut kemalangan

KUALA LUMPUR, 10 Sept  -- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, Dr Harun Mat Piah maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan di Jalan Persiaran Pekeliling, Kajang dekat sini, hari ini. 

Bas Smart Selangor beri manfaat kepada 38.6 juta pengguna

KLANG, 10 Sept  -- Perkhidmatan Bas Smart Selangor yang diperkenalkan secara percuma sejak Julai 2015 telah memberi manfaat kepada 38.6 juta pengguna menerusi 41 laluan di seluruh negeri itu, kata Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han.

Ahli perniagaan rugi lebih RM180,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud

KEPALA BATAS, 10 Sept  -- Seorang ahli perniagaan kerugian sebanyak RM181,209.35 selepas lelaki itu menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan tidak wujud, dekat sini pada Khamis lepas. 

Mahkamah: 'Pertemuan sulit' berlangsung antara Najib dan Jho Low

KUALA LUMPUR, 10 Sept  -- Mahkamah Tinggi di sini diberitahu terdapat kemungkinan berlangsung pertemuan sulit antara bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Low Taek Jho, ahli perniagaan dalam buruan, yang juga dikenali sebagai Jho Low.

Bayi lelaki baharu lahir ditemukan atas meja kedai makan

IPOH, 10 Sept  -- Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di atas meja sebuah kedai makan di Jalan Maktab, Tanjung Malim, Jumaat lepas.