Kim raih gelaran sulung ADT pada Kejohanan PGM MNRB [ 46m ago ]

Senarai Berita AM

Skandal 1MDB: 1 Nov pendengaran lucut hak wang RM100,000 Kasitah Gaddam

KUALA LUMPUR, 10 Sept  -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 1 Nov  depan bagi  mendengar permohonan pendakwaan untuk melucut hak wang RM100,000 disita daripada bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pendengaran rayuan penduduk TTDI dijadualkan semula ke 22 Nov

PUTRAJAYA, 10 Sept -- Rayuan penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak semakan kehakiman berhubung projek bangunan kediaman tinggi di Taman Rimba Kiara, dijadualkan semula ke 22 Nov untuk pendengaran.

Polis beri amaran pihak promosi modifikasi motosikal

BUKIT MERTAJAM, 10 Sept -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada semua  pihak termasuk golongan artis agar menghentikan aktiviti mempromosi kegiatan modifikasi motosikal secara haram dan melanggar undang-undang sekiranyanya tidak mahu berdepan tindakan tegas.

Najib kenali Jho Low lama dahulu sebelum saya kenalinya, kata bekas pegawai khas kepada tertuduh

KUALA LUMPUR, 10 Sept  -- Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Low Taek Jho, atau Jho Low, sudah mengenali Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya, lama sebelum dia mengenali ahli perniagaan yang menjadi buruan itu.

Cuba seludup emas, wanita Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Chennai, India

NEW DELHI, 10 Sept -- Seorang penumpang wanita rakyat Malaysia telah ditahan di lapangan terbang antarabangsa Chennai kerana disyaki cuba menyeludup emas bernilai RM133,000.

GIACC ucap tahniah tokoh antirasuah antarabangsa terima Darjah Kebesaran Persekutuan

PUTRAJAYA, 10 Sept (Bernama) -- Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)  mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada tokoh antirasuah antarabangsa, Dr Ali Fetais Al-Marri, yang dipilih sebagai antara penerima utama Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019.

Jerebu: Rakyat Melaka mula ambil langkah berjaga-jaga

MELAKA, 10 Sept  -- Rakyat di negeri ini mula mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas berikutan keadaan berjerebu yang sedang melanda di beberapa daerah di negeri ini terutamanya di Alor Gajah dan Bukit Rambai.