KBS bakal salur dana khas kepada Hafizh Syahrin [ 8m ago ]

Senarai Berita AM

17 termasuk empat bawah umur ditahan berpesta dadah

GEORGE TOWN, 5 Okt -- Polis menahan 12 lelaki dan lima perempuan termasuk empat remaja bawah umur sedang leka berpesta dadah di dalam dua buah bilik di sebuah hotel di Bukit Jambul, Jalan Bukit Gambir di sini, awal hari ini.

Imigresen serbu kondominium, tahan 17 warga asing atas pelbagai kesalahan

PUTRAJAYA, 5 Okt (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia menahan 12  warga Nigeria termasuk seorang wanita dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di sebuah kondominium di Batu 9, Selangor awal pagi tadi.

Imigresen tahan tiga wanita asing, terbabit pelacuran melalui WeChat

ALOR SETAR, 5 Okt  -- Jabatan Imigresen Kedah menahan tiga wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran melalui aplikasi WeChat selepas menggempur sebuah hotel bajet di Sungai Petani, malam tadi.

KPDNHEP Sabah kendali 154 kes babitkan nilai rampasan lebih RM200,000

SANDAKAN, 5 Okt -- Sebanyak 154 kes membabitkan pelbagai kesalahan telah diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Sandakan sejak awal tahun ini.

Program Penang Sihat bantu golongan B40 dapat rawatan kesihatan

BUTTERWORTH, 5 Okt  -- Program Penang Sihat anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang yang dilancarkan hari ini akan memberi manfaat kepada rakyat negeri ini terutamanya golongan berpendapatan rendah B40 dalam mendapatkan rawatan kesihatan yang lebih berkesan.

23 kementerian, 101 agensi di Putrajaya buka pintu hari Sabtu

PUTRAJAYA, 5 Okt -- Buat julung kalinya, 23 kementerian dan 101 agensi kerajaan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini membuka pintu kepada orang ramai pada hari Sabtu bagi menyampaikan perkhidmatan secara bersemuka dan terbuka kepada rakyat.

20 GRO ditahan dalam Op Noda di Petaling Jaya

KUALA LUMPUR, 5 Okt  -- Dua puluh wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dengan 15 daripadanya warga asing dan lima lagi rakyat tempatan, ditahan dalam serbuan polis di sebuah premis hiburan di Sungai Way, Petaling Jaya, awal hari ini.