Sufficient water supply during drought in Selangor - MB [ 5h ago ]

Berita AM


BAM bersikap terbuka berhubung penyertaan Chong Wei pada Terbuka Malaysia

Tarikh kemaskini: 13/03/2019
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersikap terbuka sekiranya jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berhasrat menarik diri daripada Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata yang dijadualkan berlangsung di Arena Axiata dari 2 hingga 7 April ini.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu perlu mendapat kebenaran daripada doktor yang merawatnya sebelum dibenarkan beraksi pada kejohanan peringkat ketiga Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu yang menawarkan wang tunai berjumlah US$700,000 (RM2.862 juta).

"Saya difahamkan beliau perlu mendapat kebenaran daripada doktor yang merawatnya pada minggu depan, jadi kita tunggu keputusan tersebut. Sebagaimana yang kita katakan sebelum ini kesihatan beliau (Chong Wei) lebih penting.
.....

       Berita Utama Terdahulu