MTW2019 Kick off today [ 3h ago ]

Berita AM


Pegawai menteri buat laporan polis, qazaf berhubung kes video

Tarikh kemaskini: 13/06/2019
Muhamad Hilman Idham (tengah) menunjukkan salinan laporan polis terhadap satu video lucah yang melibatkan Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan seorang lelaki dikenali sebagai Haziq Aziz.
PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) -- Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhamad Hilman Idham hari ini membuat laporan polis berhubung kes video yang didakwa mengaitkan Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini.

Ketika mengesahkan menerima laporan daripada pegawai menteri berkenaan Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan juga berkata IPD Putrajaya membantu merakamkan percakapan.

Rosly berkata laporan tersebut serta kenyataan yang dirakamkan diserahkan kepada pegawai penyiasat dari Bukit Aman yang turut hadir hari ini.

Muhammad Hilman kemudiannya membuat aduan qazaf bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap penyebaran video itu.

Muhammad Hilman yang juga Timbalan Ketua Pemuda PKR memfailkan aduan itu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini.

Qazaf adalah satu kesalahan jenayah syariah yang merujuk kepada tindakan menuduh seseorang melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu