KBS bakal salur dana khas kepada Hafizh Syahrin [ 7m ago ]

Berita AM


Nippon Express kini boleh diakses di LinkedIn

Tarikh kemaskini: 10/10/2019

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Nippon Express Co Ltd telah membuka akaun LinkedIn rasmi di bawah ‘NIPPON EXPRESS GROUP’.

Syarikat itu akan menyediakan pelbagai maklumat kepada dunia melalui LinkedIn, meningkatkan keterlibatan kumpulan Nippon Express di luar negara.

Menerusi ‘Nippon Express Group Business Plan 2023 -Dynamic Growth-’ Nippon Express berhasrat menjadi syarikat logistik global dengan kehadiran yang kukuh dalam pasaran global, menerusi wawasan jangka panjangnya.

Bagi menyokong inisiatif ini, syarikat itu sedang menginovasikan strategi perhubungan awamnya.

LinkedIn ialah platform media sosial khusus terbesar untuk perniagaan di dunia. Lebih 3.2 bilion orang dari seluruh dunia menggunakan media sosial manakala syarikat global menggunakan peralatan digital untuk perniagaan mereka.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu