Beberapa jalan di ibu negara dilanda banjir kilat [ 20m ago ]

Berita AM


3,474 graduan UniSZA bakal diraikan pada majlis konvokesyen Isnin depan

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
KUALA NERUS, 10 Okt -- Seramai 3,474 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal menerima ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma masing-masing pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-11 pada 14 hingga 17 Okt ini.

Naib Cancelor UniSZA Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata majlis konvokesyen yang akan berlangsung di Dewan Al Muktafi Billah Shah (DABS) di UniSZA Gong Badak itu melibatkan 163 adalah graduan PHD dan sarjana, manakala selebihnya merupakan graduan sarjana muda dan diploma.

“Sebanyak tujuh sidang dijadualkan berlangsung pada majlis konvokesyen ini. Pada sidang pertama akan berlangsung Majlis Penganugerahan Ijazah Kehormat kepada Pengarah Urusan Kumpulan QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Karnival Mahabbah pula akan diadakan selama enam hari bermula Sabtu ini bersempena majlis konvokesyen itu.

Katanya pelbagai aktiviti menarik disediakan di karnival Mahabbah itu, antaranya sukan rakyat, pertandingan mewarna, pameran, gerai jualan dan persembahan pentas.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu