Mangsa kebakaran Kampung Titingan diingatkan tidak boleh bina semula rumah di kawasan sama [ 7m ago ]

Dakwaan Ahmad Husni diperlakukan sebagai 'office boy' satu komedi - Najib

KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang memberi keterangan membela diri dalam perbicaraan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC), hari ini menyifatkan dakwaan bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa beliau (Ahmad Husni) hanya diperlakukan sebagai 'office boy' adalah satu komedi.

Najib beritahu mahkamah tidak tahu SRC rancang pohon pinjaman RM3.95 bilion daripada KWAP

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang memberi keterangan membela diri dalam perbicaraan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC), memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak tahu syarikat itu merancang untuk memohon pinjaman RM3.95 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).  

Najib mengaku catat "Bersetuju" pada surat permohonan pinjaman SRC RM3.95 bilion

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah meminitkan perkataan "Bersetuju " pada sepucuk surat daripada SRC International Sdn Bhd yang memohon kelulusan daripadanya, sebagai menteri kewangan, untuk mendapatkan pinjaman RM3.95 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Peguam Najib bentang kes pembelaan dalam perbicaraan SRC

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Ketua barisan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam kenyataan pembukaannya berhubung perbicaraan bekas Perdana Menteri itu yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC), memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihak pembelaan akan membuktikan bahawa Najib tidak terlibat dalam sebarang urusan rasuah.

Kes SRC: Najib mula bela diri

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula memberi keterangan membela diri di Mahkamah Tinggi di sini hari ini sebagai saksi pertama pembelaan bagi menjawab pertuduhan terhadapnya berhubung dana SRC International Berhad (SRC).

Najib bela diri terhadap tuduhan berkaitan dana SRC di Mahkamah Tinggi

Oleh Suriati Sidek Ahmad

KUALA LUMPUR,  3 Dis -- Hari ini rakyat Malaysia bakal menyaksikan sejarah negara  tercipta apabila buat pertama kalinya bekas perdana menteri membela diri terhadap pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah.

Najib tuntut surat tunjuk sebab dari Lim Kit Siang, dan dua lagi berhubung artikel mengenai perbicaraan SRC

KUALA LUMPUR, Nov 29  -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut supaya Penasihat DAP Lim Kit Siang dan dua lagi pihak, mengemukakan surat tunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh dianggap menghina mahkamah susulam penerbitan satu artikel berkaitan dana RM42 bilion SRC International Sdn Bhd.