Hafizh janji kekal tenang pada 'Races of Malaysia' [ 6m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Raja Permaisuri Agong lawat sekolah sulaman diraja di UK

LONDON, 10 Dis  -- Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan melawat The Royal School of Needlework (RSN) di Hampton Court Palace, yang merupakan sebuah pusat kecemerlangan antarabangsa untuk seni sulaman tangan.

Perlis umum bayaran khas RM600 kepada penjawat awam negeri

KANGAR, 10 Dis  -- Kerajaan Perlis hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM600 kepada penjawat awam negeri itu dari Gred 1 hingga 54.

Pendakwaan tumpu dokumen permohonan pinjaman SRC

KUALA LUMPUR, 10 Dis  -- Pihak pendakwaan, dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menegaskan syarikat itu tidak menyediakan dokumentasi kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) berhubung permohonan pinjamannya.

Kurangkan birokrasi, lebih inklusif bagi manfaatkan bakat muda - Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR, 10 Dis  -- Bagi membolehkan pemimpin muda di Asia Pasifik menunjukkan bakat dan keupayaan sebenar mereka di peringkat dunia, golongan ini sewajarnya dimasukkan dalam sistem pemprosesan yang relevan dengan pembangunan mereka, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

GA akan mempercepatkan kemahiran bakat tempatan dalam pendigitalan - MDEC

KUALA LUMPUR, 10 Dis  -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah bekerjasama dengan General Assambly (GA) dari Amerika Syarikat yang mahu memulakan operasi dan membantu menggalakkan lagi pembangunan bakat digital di negara ini.

Kematian OKU: JBPM Negeri Sembilan sumbang alat pemadam dan pengesan asap

REMBAU, 10 Dis  -- Bagi mengurangkan risiko kematian membabitkan golongan orang kurang upaya (OKU) akibat kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan mengambil inisiatif membekalkan mereka dengan alat pemadam api dan alat pengesan asap sebagai langkah awal.

Letusan gunung berapi: Wisma Putra sahkan seorang rakyat malaysia cedera

KUALA LUMPUR, 10 Dis  -- Seorang rakyat Malaysia cedera parah dalam insiden letusan gunung berapi di White Island, New Zealand, semalam.