Mangsa banjir di Perak berkurangan setakat 12 tengah hari [ 1h ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Rompak guna parang : Bapa tunggal dipenjara lima tahun, lapan sebatan

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Seorang bapa tunggal dihukum penjara lima tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak wang milik kedai serbaneka dan farmasi  menggunakan pisau dan parang.

Menyamar polis sebelum samun, enam individu termasuk wanita ditahan polis

PORT DICKSON, 11 Okt – Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes samun dengan menyamar sebagai anggota polis.

Belanjawan: Perluaskan subsidi pengangkutan awam sebagai alternatif - MBM

PUTRAJAYA, 11 Okt-- Majlis Belia Malaysia (MBM) berharap pembentangan Belanjawan 2020 dapat memberi fokus kepada memperluaskan subsidi pengangkutan awam sebagai alternatif berikutan sebanyak 70 peratus rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam.

Seminggu diperlukan buat penilaian pergerakan tanah di Azalea Apartments - Ikram

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Tempoh masa sekurang-kurangnya seminggu diperlukan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) bagi membuat penilaian keadaan serta pergerakan tanah di bawah Azalea Apartments di Jalan Sri Penchala 1, Kampung Sri Penchala yang berlaku tanah runtuh malam tadi.

Kes tipu dan pecah amanah : Empat bekas peguam tampil beri keterangan - Polis

KUALA LUMPUR, 11 Okt  -- Empat bekas peguam telah tampil memberi keterangan kepada polis berhubung kes penipuan dan pecah amanah membabitkan kerugian puluhan juta ringgit sejak tujuh tahun lepas.

Polis tahan suspek warga Singapura dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan kejam

MELAKA, 11 Okt -- Polis menahan seorang lelaki warganegara Singapura yang dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan kejam susulan penemuan lapan bahagian anggota badan manusia yang dibuang ke dalam semak di Kampung Ladang, berhampiran kawasan perindustrian Krubong di sini petang semalam.

KPDNHEP rampas barangan tiruan jenama JBL

PUTRAJAYA, 11 Okt -- Sebanyak 1,331 barangan audio elektronik berjenama JBL yang disyaki tiruan, dianggarkan bernilai RM20,275 dirampas dalam serbuan di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.