PH government will continue to implement beneficial policies for the people [ 6m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Penduduk lakukan solat hajat permudah pencarian Nora Anne

NILAI, 9 Ogos (Bernama) -- Penduduk di sekitar pekan Pantai di sini mengadakan solat hajat selepas menunaikan solat Jumaat hari ini bagi memohon dipermudahkan usaha mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne Quoirin, 15, remaja perempuan warga Ireland yang dilaporkan hilang sejak Ahad.

Pengedaran dekoder MYTV percuma di Sabah diteruskan walau selepas 30 Sept

KOTA KINABALU, 9 Ogos (Bernama) -- Pemasangan dan pengedaran dekoder (set top box) percuma MYTV akan diteruskan kepada penerima yang layak menerima perkhidmatan itu, walaupun selepas penyiaran TV Digital myFreeview bermula pada 30 Sept ini di Sabah.

Tiket feri dan bot Labuan ke tanah besar habis, penumpang balik kampung hampa

LABUAN, 9 Ogos (Bernama) -- Ratusan penumpang feri dan bot  di terminal feri Labuan yang ingin pulang ke kampung di tanah besar hari ini bagi sambutan Hari Raya Aidil Adha hampa apabila mendapati tiket bagi kedua-dua perkhidmatan itu telah habis ditempah.

Bukan sanjungan, veteran tentera hanya minta ambil iktibar daripada perjuangan

GEORGE TOWN, 9 Ogos (Bernama) -- Sempena menyambut bulan kemerdekaan ini, seorang veteran Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini menyeru agar rakyat Malaysia mengambil iktibar daripada peristiwa yang terjadi pada masa lepas untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan semangat patriotik.

Agong berangkat ke Majlis Santapan Tengah hari bersama Sultan Selangor

SHAH ALAM, 9 Ogos (Bernama)-- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Tengah hari bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini hari ini.

Jerebu: Keadaan terkawal, orang ramai jangan bimbang - MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan jangan terlalu bimbang kerana keadaan jerebu yang melanda negara pada masa ini masih berada pada tahap sederhana dan terkawal, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon.

Jawatankuasa khas MCPF tangani sindikit 'Macau Scam' - Lee

KUCHING, 9 Ogos (Bernama) -- Dalam usaha menangani ‘Macau Scam’ dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengatasi masalah itu.