Kehadiran KUFC naikkan imej bola sepak Kelantan - Yusri Che Lah [ 1m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Ahli perniagaan Bustari Yusof pulangkan RM3.68 juta dikaitkan dengan 1MDB kepada kerajaan

KUALA LUMPUR, 26 Nov -- Ahli perniagaan Tan Sri Bustari Yusof telah memulangkan wang berjumlah RM3,683,117.94 yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada kerajaan Malaysia.

Empat tahun UDA jalankan projek perumahan di Kampung Mutiara

GEORGE TOWN, 26 Nov  -- Syarikat pembangunan hartanah dan pengurusan aset, UDA Holdings Berhad (UDA) menjangkakan mengambil masa selama empat tahun bermula tahun ini untuk menjalankan projek perumahan di Kampung Mutiara di Batu Ferringhi dekat sini.

Agong berangkat tiba di Labuan

LABUAN, 26 Nov  --Yang di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berangkat tiba di sini hari ini bagi melakukan lawatan bermula hari ini hingga esok (Rabu).

Maqis P.Pinang rampas putik bunga kering bernilai RM4,112

GEORGE TOWN, 26 Nov-- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 514 botol putik bunga kering dari China bernilai RM4,112 kerana cuba dibawa masuk ke dalam negara tanpa dokumen yang sah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), dekat sini.

Polis panggil Maba siasat bintang Jalur Gemilang pecah lima

KUALA LUMPUR, 26 Nov  -- Polis telah memanggil Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba)  Datuk Lua Choon Hann ekoran pemaparan bendera kebangsaan Jalur Gemilang yang mempunyai bintang pecah lima pada majlis perasmian kejohanan bola keranjang di Stadium Maba, semalam.

UMT dan orang ramai sepakat sumbang koloni kelulut kepada pusat tahfiz

KUALA NERUS, 26 Nov -- Prihatin dengan nasib 20 anak yatim dan asnaf, Kumpulan Penyelidik Lebah dan Kelulut (SIG) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tampil menyumbang 28 buah koloni kelulut kepada Pusat Pengajian Tahfiz Ribat as-Sofa, di sini.

Penduduk di tepian pantai Kelantan bimbang benteng menahan ombak pecah

KOTA BHARU, 26 Nov  -- Penduduk yang tinggal di tepian pantai di negeri ini bimbang dengan benteng menahan ombak yang kian ‘rapuh’ dan dibimbangi tidak dapat menahan ombak besar dan angin kuat pada musim tengkujuh.