Kerajaan lebih konservatif dalam mengurus pembiayaan awam - Kenanga Research [ 11m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


PDRM terima laporan berunsur hasutan hina Sultan Selangor

KUALA LUMPUR, 2 Okt -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima satu laporan berhubung penulisan berunsur menghasut yang dipercayai dikeluarkan pemilik akaun Facebook Nga Kor Ming Super Fans Page terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

Bekas CEO SSM, anak lelaki didakwa atas pertuduhan rasuah lebih RM5 juta

KUALA LUMPUR, 2 Okt -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 33 pertuduhan menerima suapan, menyalahgunakan kuasa dan bersubahat membabitkan RM5.7 juta berhubung penganjuran program SSM, empat tahun lepas.

Rampasan dadah,harta terbesar di Sarawak

MIRI, 2 Okt -- Polis menahan tiga pengedar dadah serta merampas dadah serta harta terbesar di Sarawak setakat ini bernilai RM409,917.

Cubaan jadikan Malaysia pusat transit sindiket dadah antarabangsa akan terus dibanteras

KANGAR, 2 Okt -- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berusaha gigih membanteras cubaan menjadikan Malaysia sebagai salah satu pusat transit pengedaran dadah antarabangsa seperti beberapa buah negara lain di rantau Asia Pasifik.

Ribut: DBKL tanggung baiki kerosakan PA Desa Rejang Setapak

KUALA LUMPUR, 2 Okt -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan tetap menanggung kos membaiki kerosakan pada Blok D Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, Setapak akibat hujan ribut pada Selasa, iaitu hari yang sama pengurusan perumahan itu diserahkan kepada Perbadanan Pengurusan (MC).

Seorang lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM915,000

MUAR, 2 Okt -- Polis menahan seorang lelaki dan merampas dua jenis dadah disyaki ekstasi dan syabu dengan nilai keseluruhan berjumlah kira-kira RM915,000 di Taman Aman, Parit Bakar, di sini, Isnin lepas. 

Pengguna kereta api Beaufort-Tenom harap kemudahan ditambah baik

BEAUFORT,  2 Okt -- Pengguna yang sering menaiki kereta api dari Beaufort ke Tenom  mahu kemudahan pengangkutan itu dinaik taraf untuk memberi keselesaan kepada penumpang selain pelancong tempatan mahupun luar negara.