Angin kencang, laut bergelora di perairan Sabah akibat ribut tropika Kalmaegi [ 32m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Jawatankuasa Cadangan Rasionalisasi Jabatan/Agensi ditubuh kaji jumlah perjawatan awam

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Cadangan Rasionalisasi Jabatan/Agensi bagi penstrukturan semula jumlah perjawatan dalam perkhidmatan awam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin.

Grundfos pilih Malaysia lancar aplikasi perkhidmatan mudah alih

Laporan Eksklusif Oleh: Voon Miaw Ping

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Malaysia dipilih negara pertama di rantau ini untuk syarikat pengeluar produk pam air jenama global melancarkan aplikasi perkhidmatan mudah alih berasaskan awan, membolehkan pelanggan menikmati perkhidmatan lebih cekap menggunakan telefon pintar.

Mesin AED akan ditempatkan di 10 lokasi sekitar Ipoh

IPOH, 19 Nov -- Sepuluh unit peranti mudah alih yang digunakan untuk membantu mangsa dalam kes serangan jantung secara tiba-tiba, ‘Automated External Defibrillator’ (AED), akan ditempatkan di 10 lokasi di sekitar bandar raya Ipoh melalui program ‘Perak Save Heart’ yang akan diadakan minggu ini.

Senarai pekerjaan berisiko diedar ke sekolah Disember ini - Kula Segaran

PUTRAJAYA, 19 Nov -- Sekolah-sekolah akan dibekalkan dengan senarai pekerjaan yang dikategorikan berisiko pada masa hadapan sebagai rujukan pelajar untuk memilih jurusan di institusi pendidikan tinggi, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.

Polis hanya boleh minta telefon bimbit milik orang yang disyaki

PUTRAJAYA, 19 Nov -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya boleh meminta atau merampas telefon bimbit milik orang yang disyaki dan terlibat dalam mana-mana siasatan yang sedang dijalankan dan bukan orang awam secara rambang, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman.

Dua sekolah vokasional dipilih sertai program P-TECH IBM

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Dua sekolah vokasional, Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Sepang dan SMV Sungai Buloh telah dipilih untuk menyertai program projek perintis “IBM’s Pathways in Technology Early College High Schools (P-TECH).

Rakyat Malaysia di Hong Kong termasuk 400 pelajar selamat - Wisma Putra

PUTRAJAYA, 19 Nov -- Semua rakyat Malaysia di Hong Kong termasuk kira-kira 400 pelajar dilaporkan selamat, menurut Wisma Putra hari ini.