Lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai jatuh laut ketika memancing [ 16m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


UAE benar warga asing bawa bersama ahli keluarga

Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan membenarkan warga asing yang menetap di negara ini membawa bersama ahli keluarga mereka, lapor agensi berita Emiriah Arab Bersatu (WAM) memetik Pihak Berkuasa Persekutuan bagi Kewarganegaraan dan Identiti (ICA). 

India tangguh misi kedua ke bulan susulan masalah teknikal

NEW DELHI, 15 Julai (Bernama) -- India telah menangguhkan misi keduanya ke bulan dikenali sebagai "Chandrayaan-2" susulan masalah teknikal dalam sistem pelancar kenderaan, yang dijadual dilancarkan pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Pengawal selia antitrust Korea Selatan tawar nasihat kepada Malaysia

SEJONG, 15 Julai (Bernama) -- Pengawalselia antitrust Korea Selatan pada Isnin berkata ia telah menghantar seorang pegawai kepada rakan sejawatnya di Malaysia untuk memberikan nasihat berkaitan dasar persaingan adil, lapor agensi berita Yonhap.

KDNK China tumbuh 6.3 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2019 - Biro Statistik

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China meningkat 6.3 peratus pada separuh pertama 2019 berbanding tahun sebelumnya, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik kenyataan Biro Statistik Kebangsaan pada Isnin.

Pemain tenis no 1 dunia Novak Djokovic menang final lelaki perseorangan Wimbledon

ANKARA, 15 Julai (Bernama) -- Pemain tenis nombor satu dunia Novak Djokovic meraih kejuaraan kategori lelaki perseorangan Wimbledon 2019 selepas menewaskan lawannya Roger Federer dalam aksi final pada Ahad yang berlangsung hampir lima jam, lapor agensi berita Turki Anadolu.

19 pelancong cedera ditimpa dahan pokok berusia hampir 500 tahun di Azerbaijan

BAKU, 15 Julai (Bernama) -- Sembilan belas pelancong, termasuk tujuh rakyat asing, cedera selepas ditimpa dahan sebatang pokok berusia hampir 500 tahun di Istana Khan, sebuah tapak warisan dunia di bandar Sheki, yang terletak di utara Azerbaijan pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa kecemasan negara.

Hoi An dinobat bandar terbaik dunia oleh majalah Travel & Leisure

Kota kuno Hoi An yang terletak di wilayah tengah Quang Nam mendahului senarai 15 bandar terbaik di dunia dalam satu undian oleh pembaca majalah pelancongan Amerika Syarikat (AS), Travel & Leisure baru-baru ini, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).