Lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai jatuh laut ketika memancing [ 23m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


China diselar di PBB berhubung isu penahanan etnik Uighur

GENEVA, 12 Julai (Bernama) -- Hampir 24 negara menggesa China agar tidak melakukan penahanan sewenang-wenangnya etnik Uighur dan minoriti lain di wilayah autonomi yang terletak di barat laut negara itu, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik sepucuk surat daripada diplomat ke Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

PLO sedia berunding semula dengan Washington

RAMALLAH, 12 Julai (Bernama) -- Kepemimpinan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) bersedia menyambung semula rundingan dengan Amerika Syarikat (AS), andai negara itu bersetuju mematuhi piagam keamanan antarabangsa, lapor agensi berita Palestin (WAFA).

Tanah runtuh timbus tujuh sekeluarga di Mexico tengah

MEXICO CITY, 12 Julai (Bernama) -- Tujuh sekeluarga, termasuk empat kanak-kanak, terbunuh apabila satu insiden tanah runtuh menimbus rumah mereka di Mexico Tengah, lapor agensi berita China Xinhua memetik pegawai tempatan pada Khamis.

Bola sepak: Tunisia mara ke separuh akhir Piala Afrika

ANKARA, 12 Julai (Bernama) -- Tunisia melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2019 selepas membelasah Madagascar 3-0 pada lewat Khamis di Kaherah, Mesir, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Penerbangan Air Canada lakukan pendaratan kecemasan di Hawaii

TRENTON, 12 Julai (Bernama) -- Tiga puluh penumpang cedera dengan sembilan daripada mereka parah apabila satu penerbangan Air Canada terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Hawaii pada Khamis, lapor agensi berita Turki memetik kenyataan jurucakap Air Canada.

TMC dakwa berjaya patahkan percubaan rampasan kuasa baharu di Sudan

KHARTOUM, 12 Julai (Bernama) -- Majlis Peralihan Tentera (TMC) yang memerintah Sudan berkata pada Khamis bahawa ia telah berjaya mematahakn satu percubaan rampasan kuasa, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen rasmi TMC.

Lelaki ditahan selepas panjat pagar depan Istana Buckingham

LONDON, 11 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki telah ditahan selepas memanjat pintu pagar depan Istana Buckingham pada awal pagi Rabu, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan.