Bacaan IPU tidak tepat petang semalam ekoran gangguan teknikal - JAS [ 9m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Taufan Lingling semakin menghampiri Korea Selatan - Agensi Cuaca

SEOUL, 6 Sept  -- Taufan yang kuat dan semakin pantas menghampiri Korea Selatan dengan angin kencang serta hujan lebat dijangka melanda negara itu tidak lama lagi, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan agensi cuaca pada Jumaat.

Putera Mahkota Arab Saudi adakan perbincangan dengan PM Iraq mengenai pasaran minyak

RIYADH, 6 Sept -- Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman Al Saud pada Khamis membuat panggilan telefon kepada Perdana Menteri Iraq Adel Abdul Mahdi bagi berbincang mengenai kestabilan pasaran minyak, lapor agensi berita Xinhua.

Air Malta mulakan semula penerbangan terus ke Kaherah

KAHERAH, 6 Sept  -- Syarikat Air Malta menyambung semula perkhidmatan penerbangan terus ke Kaherah selepas 12 tahun digantung, kata Menteri Pelancongan Mesir Rania al-Mashat pada Khamis lapor agensi berita Xinhua.

PM Sudan umum barisan Kabinet baharu

KHARTOUM, 6 Sept  -- Perdana Menteri Abdullah Hamdok pada Khamis mengumumkan Sudan akan dibarisi 20 anggota baharu Kabinet semasa tempoh peralihan, lapor agensi berita Turki, Anadolu.

Bekas presiden Zimbabwea, Robert Mugabe, meninggal dunia pada usia 95 tahun

MOSCOW, 6 Sept  -- Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, telah meninggal dunia pada usia 95 tahun, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik kenyataan Presiden Emmerson Mnangagwa pada Jumaat.

Indonesia tarik balik sekatan internet di Papua

JAKARTA, 6 Sept  -- Kerajaan Indonesia menarik balik sekatan terhadap perkhidmatan internet yang dikuatkuasakan akibat rusuhan tercetus di wilayah Papua dan Papua Barat yang meragut tiga nyawa manakala beberapa lagi cedera, lapor agensi berita Xinhua.

Kia lantik bekas pereka Infiniti ketuai pusat rekaan di Korea Selatan

SEOUL, 6 Sept  -- Kia Motors Corp., pembuat kereta nombor dua Korea Selatan, pada Jumaat mengumumkan bahawa ia telah melantik bekas pereka Infiniti sebagai ketua pusat rekaannya dalam usaha meningkatkan daya saing jenama itu, lapor agensi berita Yonhap.